Tuesday, May 12, 2009

INTERAKSI 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa

Pengenalan
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri dengan mengadakan penilaian ia akan membolehkan kita membuat anggaran samaada matlamat yang telah ditetapkan tercapai atau sebaliknya.

AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

3.Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

4.Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.


PANTUN
• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Ciri-ciri pantun

• Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
• Bahasa bebas dari pantang larang
• Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
• Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

SAJAK

• Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
• Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
• Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH
• Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

Jenis-jenis ceramah
• Ceramah agama
• Ceramah pendidikan
• Ceramah kesihatan
• Ceramah kesedaran dan sebagainya

FORUM

DEBAT
Rujukan untuk borang pemarkahan
1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :

1. ISI
2. STRATEGI
3. GAYA
4. BAHASA

1.1 Isi
- Hakim harus menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata kata.
- Penilaian terhadap isi juga termasuk dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah menengah.
- Tugas hakim adalah untuk menilai ketepatan dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujah jurang dari segi isi, markah untuk isi adalah kuran walaupun pihak lawan tidak membidasnya.
- Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan dan hujah itu tidak dibidas oleh pihak lawan, justeru itu pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding dengna pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitubidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting.
- Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-masing. Contohnya, jikalau anda seorang peguam dan anda ketahui apa yang dikatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh Mahkamah Perhakiman Antarabangsa (MPA) pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan luasnya.

1.2 Strategi
a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Ia meliputi dua konsep:
i. Struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. Sama ada pembahas memahami isu bahas.

b. Struktur
- Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Perhujahan harus bersifat logic dan menunjukan kesinambungan. Ini adalah penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya menyampaikan hujah merupakan salah satu komponan strategi.

c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek
berkenaan dengan hal ini:
i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.
ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan.

d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang penting dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu/hujah. Ini kerana, adalah lebih logic untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula.

e. Oleh itu hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan
perhujahan sahaja tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu.

f. Pemahaman tentang isu
- Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Adalah membazir masa jikalau persoalah yang penting tidak dibidas. Sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu, ini bermakna pembahas itu tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi. Sebaliknya pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi.

g. Hakim mesti memamhami perbezaan antara strategi dan Isi.
- Bayangkan dalam satu situasi apabila seorang pembahas cumba membidas dan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Akan tetapi, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

1.3 Gaya
a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang
keterlaluan.
b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu :
-. Sebutan
-. Bahasa gerak badan (‘body language’).
- Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara perhujahan yang berbeza oleh pembahas.
c. Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda
kecuali jika pembahas ternyata membaca dari nota.
d. Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan
menyampaikan hujah dan markah hanya boleh dipotong kalau gaya
perbahasan melampaui batas.

1.4 Bahasa
a. Aspek bahasa juga harus diambilkira ialah:
i. gaya bahasa
ii. struktur ayat.
iii. tatabahasa.

b. Ini juga termasuk :
i. Sebutan baku
ii. Kelancaran
iii. Nada
iv. Intonasi.

Penggunaan bahasa baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan
bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta
struktur tatabahasa yang betul.

c. Sebaliknya, gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa
kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikut situasi, sewajarnya
diberi markah tinggi dalam bahagian Bahasa.

1.5 Bidasan
a. Pembahas sepatutnya membida hujah dan bukan contaoh. Musalnya,
pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi
hujahnya tepat dan mantap, ini bermakna pembahas seharusnya membidas
hujan dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan.

b. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang doberi
tidak perlu membidas setriap contoh.

1.6 Penggulungan
a. Penggulungan merupakan rumusan tetntang pendirian pembahsa mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya
menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.

No comments:

Post a Comment