Tuesday, May 12, 2009

INTERAKSI 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Penilaian Aktiviti Bahasa

Pengenalan
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri dengan mengadakan penilaian ia akan membolehkan kita membuat anggaran samaada matlamat yang telah ditetapkan tercapai atau sebaliknya.

AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

3.Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.

4.Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.


PANTUN
• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

Ciri-ciri pantun

• Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
• Bahasa bebas dari pantang larang
• Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
• Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

SAJAK

• Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional seperti pantun dan syair.
• Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
• Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH
• Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

Jenis-jenis ceramah
• Ceramah agama
• Ceramah pendidikan
• Ceramah kesihatan
• Ceramah kesedaran dan sebagainya

FORUM

DEBAT
Rujukan untuk borang pemarkahan
1.0 Markah diberi kepada setiap pembahas adalah seperti berikut :

1. ISI
2. STRATEGI
3. GAYA
4. BAHASA

1.1 Isi
- Hakim harus menilai isi dari segi hujah yang disampaikan dan bukannya gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata kata.
- Penilaian terhadap isi juga termasuk dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati menilai mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah menengah.
- Tugas hakim adalah untuk menilai ketepatan dan bukannya sama ada pasukan lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujah jurang dari segi isi, markah untuk isi adalah kuran walaupun pihak lawan tidak membidasnya.
- Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan dan hujah itu tidak dibidas oleh pihak lawan, justeru itu pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding dengna pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitubidasan yang diberi harus berdasarkan hujah dan bukan berdasarkan contoh sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pembahas bagi mengelak diri daripada membidas perkara-perkara yang lebih penting.
- Hakim harus mengelak diri daripada terpengaruh oleh kepercayaan dan prejudis atau pengetahuan dalam bidang kerjaya masing-masing. Contohnya, jikalau anda seorang peguam dan anda ketahui apa yang dikatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh Mahkamah Perhakiman Antarabangsa (MPA) pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan luasnya.

1.2 Strategi
a. Strategi memerlukan perhatian yang lebih. Ia meliputi dua konsep:
i. Struktur dan tempoh masa penghujahan.
ii. Sama ada pembahas memahami isu bahas.

b. Struktur
- Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup yang jelas. Semasa penghujahan diberi, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Perhujahan harus bersifat logic dan menunjukan kesinambungan. Ini adalah penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, gaya menyampaikan hujah merupakan salah satu komponan strategi.

c. Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua aspek
berkenaan dengan hal ini:
i. Berhujah dalam had masa yang dibenarkan.
ii. Memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu penghujahan.

d. Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang penting dan mengemudiankan yang kurang penting. Secara umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan bidasannya sebelum menyatakan isu/hujah. Ini kerana, adalah lebih logic untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegak pendirian pembahas pula.

e. Oleh itu hakim tidak harus menghakimi ketepatan dan kemantapan
perhujahan sahaja tetapi juga harus mengambil kira ketepatan masa dan
keutamaan isu.

f. Pemahaman tentang isu
- Pembahas harus memahami isu-isu penting dalam perbahasan. Adalah membazir masa jikalau persoalah yang penting tidak dibidas. Sekiranya pembahas tidak memahami isu penting dalam perbahasan itu, ini bermakna pembahas itu tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi. Sebaliknya pembahas yang memahami isu yang diperbahaskan dan dapat membidas dengan baik akan mendapat markah yang tinggi dalam bahagian Strategi.

g. Hakim mesti memamhami perbezaan antara strategi dan Isi.
- Bayangkan dalam satu situasi apabila seorang pembahas cumba membidas dan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya lemah. Akan tetapi, pembahas itu akan mendapat markah agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

1.3 Gaya
a. Hakim tidak seharusnya memilih pembahas dengan gaya yang
keterlaluan.
b. Gaya termasuk cara pembahas berhujah, iaitu :
-. Sebutan
-. Bahasa gerak badan (‘body language’).
- Hakim dinasihati bertoleransi dengan cara perhujahan yang berbeza oleh pembahas.
c. Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda
kecuali jika pembahas ternyata membaca dari nota.
d. Hakim dinasihati bertoleransi tentang gaya bertutur dan kepantasan
menyampaikan hujah dan markah hanya boleh dipotong kalau gaya
perbahasan melampaui batas.

1.4 Bahasa
a. Aspek bahasa juga harus diambilkira ialah:
i. gaya bahasa
ii. struktur ayat.
iii. tatabahasa.

b. Ini juga termasuk :
i. Sebutan baku
ii. Kelancaran
iii. Nada
iv. Intonasi.

Penggunaan bahasa baku diwajibkan. Oleh itu, hakim perlu memastikan
bahawa pembahas berhujah dengan menggunakan sebutan baku serta
struktur tatabahasa yang betul.

c. Sebaliknya, gaya bahasa yang menarik seperti penggunaan bahasa
kiasan, peribahasa dan sebagainya tepat mengikut situasi, sewajarnya
diberi markah tinggi dalam bahagian Bahasa.

1.5 Bidasan
a. Pembahas sepatutnya membida hujah dan bukan contaoh. Musalnya,
pembahas bagi pihak kerajaan telah memberi contoh yang lemah tetapi
hujahnya tepat dan mantap, ini bermakna pembahas seharusnya membidas
hujan dan bukan contoh kerana itulah kehendak perbahasan.

b. Selain itu, pembahas mungkin memberi beberapa contoh bagi menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat memberi satu bidasan untuk menumbangkan kesemua contoh yang doberi
tidak perlu membidas setriap contoh.

1.6 Penggulungan
a. Penggulungan merupakan rumusan tetntang pendirian pembahsa mengenai isu bahas yang diperdebatkan. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya
menyatakan isu-isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.

INTERAKSI 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

¢ Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :

- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DINILAI SECARA LISAN IALAH :

- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

INTERAKSI 8 KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK

Definisi
· Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
· Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek
2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan
sesuatu projek
3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti
4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar
5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh
6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran
7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan
Kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan
berkesan.

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?

· Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?

· Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
· Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
· Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
· Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
· Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
· Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan
data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
· Sesuai dengan murid dan kurikulum.
· Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari?

· Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang
pelbagai.
· Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam
proses P & P.
· Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
· Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah,
berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
· Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
· Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
· Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran
yang berbeza.

4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek?

· Memberi tugasan mengikut kurikulum.
· Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
· Menentukan jadual kerja.
· Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
· Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
· Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
· Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
· Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
· Penyediaan JPT dan PMM
· Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
· Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan
projek

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA

Kertas Kerja
  • Seperti yang dibincangkan tentang kertas cadangan, kertas kerja juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya
  • Dalam bidang akademia penulisan 'kertas kerja' (academic working paper) pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
  • Organisasi kertas kerja dengan kertas cadangan hampir serupa. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:

    a) Pengenalan dan Latar Belakang (sedikit tentang sejarah diberikan, isu dan masalah juga dikemukakan di dalam bahagian ini)
    b) Tinjauan Bacaan (amat digalakkan dimasukkan untuk membuktikan perkara itu boleh/patut dilaksanakan/ diberi melalui contoh/data yang diperolehi daripada pembacaan)
    c) Penerangan yang terperinci (dihuraikan) tentang tujuan kertas kerja seperti memulakan perniagaan, projek, atau program latihan untuk mempengaruhi dan meyakinkan ketua jabatan/jawatankuasa penilai memberi kelulusan
    d) Implikasi Kewangan – berapa banyak yang diperlukan dan bagaimana peruntukan itu hendak dibelanjakan, harus tunjukkan keadaan kos efektifnya
    e) Proses Pelaksanaan (biasanya dalam bentuk kronologi, tunjukkan skedul/jadual pelaksanaan)
    f) Implikasi Pelaksanaan (terhadap kumpulan yang disasarkan dan kewangan agensi itu)
    g) Keputusan dan Perbincangan (sumbangan kepada jabatan, negeri, dan negara, kemukakan hanya yang positif, jangan beri yang negatif)
    h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
    i) Bibliografi/Rujukan
    j) Lampiran/Apendiks (Appendix)

INTERAKSI 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Pengenalan
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

Konsep
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
· Bentuk akhir tugasan dihasilkan
· Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
· Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
· Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
· Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
· Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan:
1. Pelajar mengenal pasti dan merekod
· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri
· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat
· jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya
· bukti menunjukkan objektif tercapai
· bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai
2. Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri
3. Menghasilkan kerja yang terancang
4. Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

Bagaimana Kontrak Pembelajaran Digunakan ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-
Penilaian objektif tugasan
· Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU
· Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
· Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

Hasil Pembelajaran
· Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
· Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

Penilaian
· Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU
· Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU
· Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny

Format / Bentuk Kontrak
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

Peringatan:
· Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru
· Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

INTERAKSI 6: KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO.

Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.
· Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang
teliti.
· Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai
kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan
maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
· Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada
pelbagai pihak.
· Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
· Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.


Penilaian Portfolio
· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui
bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
· Porfolio kerja harian
· Portfolio hasil terbaik
· Portfolio dokumen.




Portfolio Kerja Harian
· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang
diberikan.
· Contohnya, Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan
lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Portfolio Hasil Terbaik
· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
· Berbentuk sumatif
· Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

Portfolio Dokumen
· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa
tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
· Contohnya; Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
· Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk
membuat penilaian secara holistik.
· Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
· Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan
peta perkembangan.
· Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot,
rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
· Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui
pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan
komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
· Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
· Kenalpasti isi kandungan portfolio.
· Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
· Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan,
individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.


Bagaimana Portfolio dinilai?
· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang
lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

  1. Struktur dan organisasi
  2. Strategi pengurusan
  3. Variasi isi yang sesuai
  4. Struktur ayat dan gaya bahasa
  5. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
  6. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
  7. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
1. Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
2. Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
3. Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
4. Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
5. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
6. Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
· Kualiti Pemerhatian
· Bentuk perancangan
· Merekod penilaian pemerhatian
· Jenis Pemerhatian
· Strategi pelaksanaan
· Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian
· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan
· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.


Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
· Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
· Menjalankan Tugasan
· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
· Cara merekodkan dapatan dan rumusan
· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
· Tindakan Susulan
· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
· Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
· Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
· Muzik
· Kecekapan (body khanisthetic)
· Kecekapan intrapersonal
· Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik
Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan
perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.


Muzik
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
· Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
· Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
· Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.

· Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
· Menggunakan senarai semak.
· Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
· Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
· Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
· Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian

· Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
· Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

Monday, February 9, 2009

INTERAKSI 5 :JENIS PENILAIAN BAHASA MINGGU 5

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KELIMA)

Jenis Penilaian Bahasa
- Ujian formatif
- Ujian Sumatif
- Ujian Kefasihan
- Ujian Kemajuan
- Ujian Bakat
- Ujian Pencapaian

UJIAN FORMATIF
- Dibina oleh guru untuk menguji kemahiran yang telah diajar.
- Berasaskan kepada sesuatu kemahiran dalam jangka masa yang pendek
- Bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam sub sesuatu kemahiran bahasa.

UJIAN SUMATIF
- Adalah bertujuan untuk menguji pencapaian murid untuk jangka masa yang panjang.
- Isi pengajaran dibina secara meluas
- Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak.

UJIAN KEFASIHAN
- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa
- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai.
- dinilai berdasarkan – sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

UJIAN KEMAJUAN
- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.

UJIAN BAKAT
- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing
- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang ”artificial”- mengandungi pelbagai unsur bahasa.

UJIAN PENCAPAIAN
- Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi pelajaran yang telah diajar.
- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

INTERAKSI 4;SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF MINGGU 4

BMM3103 SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
(pembelajaran kendiri minggu 4)



SOALAN OBJEKTIF

· Perlukan pelajar menulis atau memilih 1 jawapan yang betul atau paling baik.
· Dibentuk daripada beberapa bentuk item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.
· Contoh ujian objektif :
i. Item jawapan pendek
ii. Item jenis padanan
iii. Item jenis aneka pilihan
iv. Kloz

· Item objektif terbahagi kepada 2 :
a) Item respon bebas (sumbangan)
b) Item respon tetap (objektif pilihan)
- Item aneka pilihan
- Salaptor


A] Item respon bebas (sumbangan)
- Perlukan calon teliti soalan dan tulis jawapan sendiri pada ruang yg disediakan.
- Biasanya jawapan ditulis dihujung soalan / dalam kotak yang disediakan.

B] item respon tetap (objektif pilihan)
- Perlukan pelajar pilih jawapan yang paling betul / tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada 2
atau lebih pilihan,
- Bilangan padanan tidak terlalu banyak.

i. Item aneka pilihan
- Tergolong dalam item tetap kerana memberikan tindak balas terbatas.
- Jenis2 item aneka pilihan :
a) Berbentuk soalan
b) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c) Jenis jawapan terbaik
d) Analogi
e) Antonim
f) Jenis negatif
g) Mengisi tempat kosong
h) Jenis cantuman
i) Teknik kloz

- Terdiri daripada 3 bahagian :

i. Stimulus (rangsangan)
- Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan.
ii. Stam
- Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau
soalan.
iii. Jawapan pilihan
- Bahagian soalan yg biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah, jadual dll.


SOALAN SUBJEKTIF

- Def : satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
- Terbahagi kpd 2 jenis :
a) Struktur
b) Esei

A] Struktur
- Disusun dan diatur secara sistematik
- Terbentuk daripada 1 atau 2 bahagian – jawapan ada beberapa patah perkataan.

B] Esei
- Gerak balas dalam tulisan dengan guna perkataan sendiri
- Boleh ukur peringkat kognitif yg tinggi
- Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.

- Prinsip
i. Perlu semak sukatan pelajaran sebelum soalan dihasilkan.
ii. Arahan mesti jelas
iii. Soalan ditulis secara padat dan jelas.

- Jenis2 soalan esei :
a) Item tindak balas terhad (TBT)
- Membataskan isi dan bentuk tindak balas
- Dihadkan kepada had dan topik tertentu
- Berupaya mengukur aras kognitif

b) Item tindak balas lanjutan (TBL)
- Memerlukan pelajar berfikir dgn lebih lagi