PENGERTIAN PENTAKSIRAN
Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
DEFINISI
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
TUJUAN PENTAKSIRAN
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
o Menilai aktiviti yang djalankan semasa p&p.
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.Memperbaiki pengajaran-pembelajaran
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
o Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
o Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskn sekolah.
o Kemudahtafsiran – maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon,
menepati tujuan mngadakan sstu ujian dan pentaksiran.
o Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
PENILAIAN
o satu aktiviti atau proses yg bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengjaran atau pembelajaran.
o Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
PENILAIAN FORMATIF
o Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh
guru dan pmbelajaran oleh murid.
o Maklum balas ini akan memberi pertunjuk-pertunjuk kejayaan p&p serta kelemahan-kelemahan
murid untuk diperbetulkan.
o Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses p&p,
keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di
antara seseorang murid dengan murid lain.
PENILAIAN SUMATIF
o Bertujuan utk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu
pembelajaran.
o Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang
murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
CARA MELAKSANAKAN PENILAIAN
o Terdapat dua cara melaksanakannya :
Informal
- Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
Formal
- Seperti ujian pensel dan kertas.
- Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
- Smua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan
psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
- Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid
dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
- Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
- Rekod prestasi akn mnnjukkn pncapaian & rekod profail akan menunjukan perkembangan pembelajaran serta minat kesuluruhan mrd2 dari smasa ke samasa.
PENGUJIAN
DEFINISI
o Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
o Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)
KEPENTINGAN PENILAIAN DAN UJIAN
a) Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
b) Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
c) Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
d) Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
e) Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
f) Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
g) Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
JENIS-JENIS UJIAN BAHASA
a) Ujian pencapaian
b) Ujian penempatan
c) Ujian bakat
d) Ujian diagnostik
e) Ujian formatif
f) Ujian binaan guru
BENTUK-BENTUK UJIAN
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
A. UJIAN OBJEKTIF
Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat.
CIRI-CIRI UJIAN OBJEKTIF
a) Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakan
b) Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir
c) Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian
d) Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.
e) Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan
f) Padat dan ringkas
JENIS JENIS UJUAN OBJEKTIF
a) Item jawapan pendek
b) Item objektif jenis pilihan
c) Item aneka pilihan
d) Item betul-salah
e) Item padanan
f) Item key list
g) Item aturan terbaik
h) Item objektif Kloz
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF
Kebaikan
Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
Tidak menggalakan penipuan.
Boleh di skor dengan tepat.
Pemeriksaan boleh dipercayai
Kelemahan
Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
Tidak dapat mengukur keaslian.
UJIAN SUBJEKTIF
o Selalunya dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.
o Peluang memberi gerka balas terhadap tulisan mereka sendiri.
o Ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.
CIRI-CIRI UJIAN SUBJEKTIF
a) Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
b) Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
c) Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.
d) Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN
Kebaikan
Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
Mengurangkan tekaan jawapan.
Potensi mengukur keaslian.
Kelemahan
Nilai potensi diagnostik yang rendah.
Pemeriksaan kurang dipercayai.
Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih.
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA.
a) Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)
b) Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
c) Menulis soalan.
d) Mentadbir ujian.
e) Menganalisa keputusan
f) Menilai pengajaran.
g) Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment